Wednesday, January 9, 2019

Definisi RPT, RPM Dan RPH

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.

            Manakala, Rancangan Pengajaran Mingguan pula adalah suatu rancangan yang diperincikan daripada Rancangan Pengajaran Semester atau tahunan.


            Rancangan Pengajaran Tahunan atau disebut RPT merupakan satu komponen penting yang perlu disediakan oleh kita sebagai guru di sekolah bila tiba awal tahun. Ini merupakan sesuatu yang wajib sebagai persediaan kita untuk merancang pengajaran sepanjang tahun pengajaran semasa. Ianya perlu untuk mencapai kesemua objektif kurikulum dengan merangkumi kesemua topik pengajaran yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang tahun pengajaran.

No comments:

Post a Comment