Wednesday, January 9, 2019

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 8


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA GURU
: Dinie Azizi Bin Khalidi
MATAPELAJARAN
:  Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Ibnu Sina
TARIKH
: 26 Februari 2019
MASA
: 2.30 – 3.00 petang
BILANGAN MURID
: 22 orang
TAJUK
: Rasul-Rasul Ulul Azmi
KEMAHIRAN
: Mendengar, Membaca, Membanding beza, Menaakul, Menulis
KAEDAH
: Syarahan, Bercerita, Kotak ilmu
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) Murid mengetahui nabi menerima tentangan yang amat hebat semasa penyebaran agama Islam
HASIL PEMBELAJARAN
: 1) Murid mengenali Rasul-Rasul Ulul Azmi
  2) mengetahui kisah yang dialami oleh Rasul Ulul Azmi
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, merumus, menganalisis
PENERAPAN NILAI
: Khusyuk, taat, rajin, berdisiplin
BAHAN BANTU MENGAJAR
:bahan cetak, Buku teks, Kad imbasan








LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBALAJARAN
CATATAN
Pendahuluan (2 minit) 
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa,
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش   علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
2. Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set induksi
(5 minit)
1.      Menunjukkan gambar kepada murid-murid
2.      Guru membuat perkaitan gambar tersebut dengan tajuk yang dipelajari

1.      Guru mempamerkan gambar orang yang menaiki unta di padang pasir

2.      Guru bertanya kepada murid apakah yang dilihat oleh mereka

3.      Guru bertanya kepada mereka adakah senang atau tidak untuk meredah padang pasir yang panas terik menaiki unta

4.      Guru membuat perbandingan kesusahan orang yang menaiki unta itu dengan kesusahan para nabi ulul azmi
Nilai:
-Khusyuk
-teliti

BBM:
-Gambar

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menjawab

Strategi:
-Berpusatkan bahan cetakan
Langkah 1
(10 minit)
1.      Menerangkan maksud ulul azmi

2.      Penerangan dari sudut Bahasa arab dan penerangan lengkap berkenaan dengan ulul azmi


Guru menerangkan maksud ulul Azmi secara terperinci kepada murid

“ulul” – yang memberi maksud kepunyaan

“Azmi” – berasal dari perkataan Azama yang bermaksud kemahuan yang kuat dan teguh

Ulul Azmi adalah nabi dan Rasul yang mendapat keistimewaan Allah kerana ketabahan dan kesabaran mereka yang luar biasa dalam menyebarkan agama Islam
Nilai:
-Khusyuk
-Taat

Teknik:
-Syarahan
-Perbualan

 Kemahiran berfikir:
-menganalisis

Strategi:
-Berpusatkan guru
Langkah 2
(5 minit)
1.      Rasul-rasul ulul azmi

2.      Tugas utama Rasul Ulul Azmi di muka bumi

3.      Kisah-kisah para Rasul Ulul Azmi
1.      Guru memberitahu kepada murid-murid siapakah rasul ulul azmi
-          Nabi Nuh
-          Nabi Ibrahim
-          Nabi Musa
-          Nabi Isa
-          Nabi Muhammad

2.      Guru menerangkan kepada murid-murid tugas utama Rasul dan kelebihan utama Rasul ulul azmi

3.      Guru menceritakan kisah kepada murid kisah kelima-lima Rasul ulul azmi dengan penerangan yang mudah difahami oleh murid

Nilai:
-khusyuk
-taat
-mendengar

Teknik:
-syarahan
-berdialog
-bercerita
-soal jawab
Langkah 3
(5 minit)
1.      Pengulangan pelajaran:

-          Maksud ulul dan azmi dan maksud umum bagi ulul azmi

-          Nama-nama rasul ulul azmi

-          Tugas-tugas rasul ulul azmi

2.      Menyoal murid-murid:

-          Berdasarkan kisah-kisah nabi ulul azmi
1.      Guru mengulang matapelajaran yang telah diajarkan

2.      Penerangan semula berkenaan maksud rasul ulul azmi, menyebut nama-nama rasul ulul azmi dan memberitahu apakah tugas-tugas rasul ulul azmi

3.      Guru membaca kisah secara ringkas dan murid meneka nama rasul ulul azmi berdasarkan kisah mereka
Nilai:
-berani
-taat
-bekerjasama

Teknik:
-pengulangan
- soal jawab
Penutup
(3 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
·         membuat rumusan
·         memberi latihan daripada buku teks
Guru memberi latihan dalam buku teks halaman 71
Nilai:
-rajin
-taat

BBM:
-Buku teks

Catatan Refleksi:
Saya bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan baik dan para pelajar memberikan tumpuan dan perhatian terutama apabila mereka mendengar cerita tentang balasan pahala. Saya berharap kaedah yang saya guna ini membantu dalam pembelajaran pelajar dan mereka seronok untuk belajar.

Ulasan Pensyarah:


Ulasan Guru Pembimbing

               

No comments:

Post a Comment