Wednesday, January 9, 2019

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA GURU
: Dinie Azizi Bin Khalidi
MATAPELAJARAN
:  Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Ibnu Sina
TARIKH
: 5 Februari 2019
MASA
: 2.30 – 3.00 petang
BILANGAN MURID
: 22 orang
TAJUK
: Percaya Dengan Malaikat
KEMAHIRAN
: Mendengar, Membaca, Membanding beza, Menaakul
KAEDAH
: Syarahan, Soal jawab, Bercerita
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) Mengetahui bahawa malaikat itu ghaib
HASIL PEMBELAJARAN
: 1) Meningkatkan keimanan murid
  2) Menguatkan kepercayaan terhadap malaikat
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, merumus, menganalisis
PENERAPAN NILAI
: Khusyuk, taat, rajin, berdisiplin
BAHAN BANTU MENGAJAR
: Buku teks, Kad imbasan







LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBALAJARAN
CATATAN
Pendahuluan (2 minit) 
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa,
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش   علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
2. Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set induksi
(5 minit)
1.      Guru menerangkan tugas- tugas manusia di bumi
2.      Guru menayangkan video berkenaan dengan pekerjaan manusia di muka bumi
3.      Membuat perkaitan video dengan tajuk belajar

1.      Guru bertanyakan kepada murid pekerjaan-pekerjaan yang ada di Malaysia berdasarkan paparan video tersebut
2.      Guru menerangkan tugas-tugas manusia adalah berbeza dengan tugas para malaikat
Nilai:
-Khusyuk
-teliti

BBM:
-LCD
-Video

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menjawab

Strategi:
-Berpusatkan bahan media
Langkah 1
(10 minit)
1.      Pengenalan malaikat dari sudut perspektif manusia
2.      Penciptaan malaikat
1.      Guru menerangkan kepada murid-murid bahawa malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah
2.      Malaikat telah lama wujud sebelum penciptaan nabi Adam
3.      Guru memberitahu kepada murid bahawa para malaikat diciptakan daripada cahaya yang mulia
Nilai:
-Khusyuk
-Taat

Teknik:
-Syarahan
-Perbualan

 Kemahiran berfikir:
-menganalisis

Strategi:
-Berpusatkan guru

Langkah 2
(5 minit)
1.      Pengenalan kepada sifat-sifat umum para malaikat
1.      Guru menjelaskan kepada murid sifat-sifat malaikat yang setia dan taat serta patuh akan perintah Allah
2.      Guru juga menerangkan beberapa sifat lain seperti terpelihara daripada maksiat, iman para malaikat tidak pernah turun, tidak beranak, tidak tidur, tidak makan dan lain-lain
Nilai:
-khusyuk
-taat
-mendengar
Teknik:
-syarahan
-berdialog
-bercerita

Langkah 3
(5 minit)
1.      Pengulangan pelajaran
2.      Soal jawab berkaitan dengan pelajaran

1.      Guru membuat pengulangan berkaitan dengan penciptaan malaikat serta sifat-sifat para malaikat
2.      Guru menyoal semua pelajar berkenaan sifat-sifat malaikat serta dari mana asalnya malaikat itu wujud
Nilai:
-berani
-taat
-bekerjasama

Teknik:
-pengulangan
- soal jawab
Penutup
(3 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
  • membuat rumusan
  • memberi latihan daripada buku teks
Guru memberi latihan kepada murid muka surat 45
Nilai:
-rajin
-taat

BBM:
-Buku teks

Catatan Refleksi:
Saya bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan baik dan para pelajar memberikan tumpuan dan perhatian terutama apabila mereka mendengar cerita tentang balasan pahala. Saya berharap kaedah yang saya guna ini membantu dalam pembelajaran pelajar dan mereka seronok untuk belajar.

Ulasan Pensyarah:


Ulasan Guru Pembimbing

               

No comments:

Post a Comment