Wednesday, January 9, 2019

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 7


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA GURU
: Dinie Azizi Bin Khalidi
MATAPELAJARAN
:  Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Ibnu Sina
TARIKH
: 19 Februari 2019
MASA
: 2.30 – 3.00 petang
BILANGAN MURID
: 22 orang
TAJUK
: Percaya Dengan Rasul
KEMAHIRAN
: Mendengar, Membaca, Membanding beza, Menaakul
KAEDAH
: Syarahan, Bercerita, Teka teki
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) murid mengetahui bahawa nabi Muhammad adalah rasul
HASIL PEMBELAJARAN
: 1) murid lebih mengenali rasul
  2) mengetahui tugas utama rasul
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, merumus, menganalisis
PENERAPAN NILAI
: Khusyuk, taat, rajin, berdisiplin
BAHAN BANTU MENGAJAR
: LCD projector, Buku teks, Buku latihan







LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBALAJARAN
CATATAN
Pendahuluan (2 minit) 
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa,
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش   علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
2. Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set induksi
(5 minit)
Guru mempamerkan 4 kad imbasan yang menunjukkan tempat-tempat sejarah Rasul dan Nabi.
Soalan :
Pernahkah kamu melihat gambar-gambar yang ditunjukkan pada objek pembelajaran atau kad imbasan tersebut?

Tahukah kamu sejarah tempat-tempat tersebut?

Cuba teka, tajuk apakah yang bakal kita pelajari pada hari ini?
1.      Murid ditunjukkan kad imbasan yang menunjukkan tempat-tempat yang berkaitan dengan Nabi dan Rasul.

2.      Murid diminta untuk memerhati dan menganalisis kisah yang berkaitan dengan tempat-tempat tersebut.

3.      Murid bersoal jawab dengan guru tentang sejarah tempat-tempat tersebut.

4.      Guru mengaitkan gambar tersebut dengan isi pelajaran pada hari ini.
Kaedah :
-Bersoal jawab
-Perbincangan
-Sumbang Saran

Bahan Bantu Belajar :
-Kad Imbasan
-Objek Pembelajaran

Penerapan Nilai :
-Percaya kewujudan Rasul
Langkah 1
(10 minit)
1.      Penerangan maksud nabi dan rasul

2.      Guru menayangkan video berkaitan 25 rasul yang wajib diketahui


1.      Guru menerangkan secara terperinci berkaitan dengan maksud nabi dan rasul

·         Nabi -  seorang lelaki yang dipilih oleh Allah yang dikurniakan wahyu dan tidak wajib disampaikan kepada orang ramai
·         Rasul – orang lelaki yang dipilih oleh Allah yang dikurniakan wahyu dan wajib menyampaikan wahyu kepada orang ramai

2.      Guru menayangkan video 25 rasul yang dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz dan menyanyi bersama-sama murid dan menyebut semula nama-nama rasul bersama sama murid
-          Nabi Adam a.s
-          Nabi Nuh a.s
-          Nabi Idris a.s
-          Nabi Hud a.s
-          Nabi Salleh a.s
-          Nabi Ibrahim a.s
-          Nabi Luth a.s
-          Nabi Ismail a.s
-          Nabi Ishak a.s
-          Nabi Yaakub a.s
-          Nabi Yussuf a.s
-          Nabi Ayyub a.s
-          Nabi Dzulkifli a.s
-          Nabi Syuaib a.s
-          Nabi Musa a.s
-          Nabi Harun a.s
-          Nabi zulkifli a.s
-          Nabi Daud a.s
-          Nabi Sulaiman a.s
-          Nabi Ilyas a.s
-          Nabi Ilyasa a.s
-          Nabi Zakariya a.s
-          Nabi Yahya a.s
-          Nabi Isa a.s
-          Nabi Muhammad s.a.w
Nilai:
-khusyuk
- taat

Teknik:
- syarahan
- perbualan
- nyanyia

 Kemahiran berfikir:
-menganalisis

Strategi : Berpusatkan guru
Berpusatkan bahan media massa
Langkah 2
(5 minit)
Menerangkan tugas utama rasul


·         Guru menerangkan tugas utama rasul yang telah dipertaanggungjawabkan oleh Allah kepada mereka

·         Tugas-tugas utama Rasul
1.  Menerima wahyu dari Allah
2.  Menyampaikan wahyu kepada orang ramai
3.  Menyebarkan akidah tauhid kepada orang ramai
4.  Mengajar orang ramai cara beribadat dengan betul
5.  Membentuk akhlak manusia
6.  Menjadi teladan yang baik
7.  Memimpin manusia kearah kejayaan hidup didunia dan akhirat
Nilai:
-khusyuk
-taat
-mendengar

Teknik:
-syarahan
-berdialog
-bercerita
-soal jawab
Langkah 3
(5 minit)
Pengulangan pelajaran

-          Maksud nabi dan rasul
-          Penerangan tugas para rasul

Pertanyaan soalan secara lisan
1.      Guru menerangkan semula maksud nabi dan rasul

2.      Guru menyanyikan semula lagu 25 rasul tersebut serta diikuti oleh murid-murid

3.      Guru menanyakan soalan kepada murid-murid maksud nabi dan rasul mengikut kefahaman mereka
Nilai:
-berani
-taat
-bekerjasama

Teknik:
-pengulangan
- soal jawab
Penutup
(3 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
·         membuat rumusan
·         memberi latihan daripada buku teks
1.      Guru menekankan tentang perlu memahami maksud nabi dan rasul serta kewajipan untuk beriman kepada nabi dan rasul

2.      Guru memberi latihan kepada murid muka surat 64 dan 65
Nilai:
-rajin
-taat

BBM:
-Buku teks

Catatan Refleksi
Saya bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan baik dan para pelajar memberikan tumpuan dan perhatian terutama apabila mereka mendengar cerita tentang balasan pahala. Saya berharap kaedah yang saya guna ini membantu dalam pembelajaran pelajar dan mereka seronok untuk belajar.


Ulasan Pensyarah:


Ulasan Guru Pembimbing

               

No comments:

Post a Comment