Wednesday, January 9, 2019

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 9


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA GURU
: Dinie Azizi Bin Khalidi
MATAPELAJARAN
:  Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Ibnu Sina
TARIKH
: 5 Mac 2019
MASA
: 2.30 – 3.00 petang
BILANGAN MURID
: 22 orang
TAJUK
: Percaya Dengan Hari Kiamat
KEMAHIRAN
: Mendengar, Membaca, Membanding beza, Menaakul, Menulis
KAEDAH
: Syarahan, Bercerita, Soal jawab, Latihan
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) murid-murid tahu bahawa kiamat akan tiba tidak lama lagi
HASIL PEMBELAJARAN
: 1) murid-murid lebih mengenal erti hari kiamat itu
  2) menginsafi murid-murid supaya terus bertaubat
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, merumus, menganalisis
PENERAPAN NILAI
: Khusyuk, taat, rajin, berdisiplin
BAHAN BANTU MENGAJAR
: Gambar, Tayangan video, LCD projektor








LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBALAJARAN
CATATAN
Pendahuluan (2 minit) 
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa,
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش   علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
2. Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set induksi
(5 minit)
1.      Gambar tentang kemusnahan alam

2.      Guru menanyakan soalan kepada murid berkenaan gambar

3.      Mengaitkan persoalan tersebut dengan isi pelajaran hari ini



1.      Guru menunjukkan gambar-gambar tentang kemusnahan dunia di hadapan murid-murid

2.      Guru menanyakan pendapat masing-masin terhadap gambar yang ditunjukkan

3.      Guru mengaitkan jawapan-jawapan murid tersebut dengan tajuk yang diajar
Nilai:
-Khusyuk
-teliti

BBM:
-gambar

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menjawab

Strategi:
-Berpusatkan bahan bercetak
Langkah 1
(10 minit)
1.      Pengertian kiamat dari sudut perspektif Islam

·         Kiamat ertinya manusia dibangkitkan semula dari kubur, mereka dihidupkan semula oleh Allah dan amalan mereka didunia akan ditimbang dan dikira

2.      Tanda-tanda kiamat


1.      Guru menerangkan maksud kiamat kepada murid dengan kaedah yang mudah difahami murid

2.      Guru meminta seorang murid membaca sekali lagi serta diikuti dengan rakan-rakannya yang lain

3.      Guru bertanyakan kepada murid-murid tanda-tanda kiamat yang mereka ketahui dan guru memberitahu murid-murid tanda-tanda kiamat mengikut susunan
Nilai:
-Khusyuk
-Taat

Teknik:
-Syarahan
-Perbualan

 Kemahiran berfikir:
-menganalisis

Strategi:
-Berpusatkan guru

Langkah 2
(5 minit)
Nama lain bagi hari akhirat
·         As-sa’ah
·         Al-Waqiah
·         Al-Haqqah
·         Al-Qariah
·         Ash-Sakhkhah
·         Al-Azifah
·         Ath-Thammatul kubro
·         Yaumul Akhir
·         Yaumul Qiyamah
·         Yaumul Ba’ats
·         Yaumul Hisab
·         Yaumud Din
·         Yaumul Jam’i
·         Yaumul Fasli
·         Yaumal Hasroh
·         Yaumul Taghabun
·         Yaumul Mau’ud
·         Yaumul Haq
·         Yaumul Khulud
·         Yaumul Wa’id
·         Yaumul ‘Asir

Gambaran hari kiamat

1.      Guru menyebut nama-nama lain hari kiamat di depan kelas satu persatu dan memberikan maksud setiap satu itu

2.      Guru meminta murid menyebut nama lain hari kiamat tersebut secara serentak

3.      Guru meminta pendapat murid-murid berkenaan dengan gambaran hari kiamat

4.      Guru mendedahkan gambaran hari kiamat dengan lakonan serta demostrasi yang sesuai untuk meyakinkan kepada murid-murid bertapa dahsyatnya hari kiamat apabila berlaku nanti
Nilai:
-khusyuk
-taat
-mendengar

Teknik:
-syarahan
-demonstrasi
-bercerita
-soal jawab
Langkah 3
(5 minit)
1.      Pengulangan pelajaran

-          Penerangan maksud kiamat
-          Tanda-tanda kiamat

2.      Menyoal

-          Gambaran kiamat
-          Menyoal berkaitan nama lain hari kiamat
1.      Guru menerangkan semula secara terperinci berkaitan dengan maksud hari kiamat serta menulisnya di papan putih

2.      Guru juga mengulang semula tanda-tanda kiamat dari bermula tanda-tanda kecil kiamat sehingga ke tanda-tanda besar hari kiamat

3.      Guru menyoal beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan guru

4.      Guru bertanyakan kepada murid beberapa gambaran hari kiamat yang mereka ketahui serta menyoal beberapa nama lain hari kiamat yang mereka ingati

Penutup
(3 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
·         membuat rumusan
·         memberi latihan daripada buku teks
1.      Guru menekankan tentang perlu memahami kejadian alam di sekeliling kita dan kewajipan kita untuk beriman kepada hari kiamat
2.      Guru memberi latihan dalam buku teks halaman 82 dan 83
Nilai:
-rajin
-taat

BBM:
-Buku teks

Catatan Refleksi:
Saya bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan baik dan para pelajar memberikan tumpuan dan perhatian terutama apabila mereka mendengar cerita tentang balasan pahala. Saya berharap kaedah yang saya guna ini membantu dalam pembelajaran pelajar dan mereka seronok untuk belajar.

Ulasan Pensyarah:


Ulasan Guru Pembimbing

               

No comments:

Post a Comment