Wednesday, January 9, 2019

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA GURU
: Dinie Azizi Bin Khalidi
MATAPELAJARAN
:  Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Ibnu Sina
TARIKH
: 22 Januari 2019
MASA
: 2.30 – 3.00 petang
BILANGAN MURID
: 22 orang
TAJUK
: Iman
KEMAHIRAN
: Mendengar, Membaca, Menulis, Menaakul, Membanding beza
KAEDAH
: Soal jawab, Tunjuk cara, Bercerita, Latihan
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: Murid mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan yang wajib disembah
HASIL PEMBELAJARAN
: 1) Pelajar lebih meyakini bahawa Allah adalah Tuhan yang agung lagi maha berkuasa
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, merumus, menganalisis
PENERAPAN NILAI
: Khusyuk, taat, rajin, berdisiplin
BAHAN BANTU MENGAJAR
: Buku teks, Buku akiviti, LCD Projektor








LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Pendahuluan (2 minit) 
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa,
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش   علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
2. Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set induksi
(5 minit)
1.      Guru menunjukkan gambar dan video keagungan Allah


2.      Menimbulkan persoalan
3.      Membuat perkaitan video dengan tajuk belajar
1.      Guru menayangkan video dan gambar-gambar keagungan ciptaan Allah seperti gunung berapi, ikan di laut, keadaan manusia yang kurang upaya, keadaan manusia yang dihina
2.      Guru bertanyakan soalan kepada pelajar

a) Apakah video yang telah ditayangkan tadi?
Cadangan jawapan:
·         Gunung ganang yang tinggi
·         Air lautan yang dalam dan luas
·         Manusia yang diciptakan Allah dengan kurang sempurna
b) Apakah yang dikaitkan antara video dengan tajuk yang diajar?

Cadangan jawapan:

·         Allah yang menciptakan seluruh alam dengan ciptaan yang indah
·         Kita semua wajib beriman kepada Allah yang telah mencipta kita dengan sesempurna sifat makhluk

Nilai:
-Khusyuk
-teliti

BBM:
-LCD
-Video

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menjawab

Strategi:
-Berpusatkan bahan media
Langkah 1
(10 minit)
Menerangkan maksud Iman

-Iman bermaksud percaya akan kebenaran  yang dibawa oleh nabi dengan hati yang yakin yang diucapkan melalui lidah dan dibuktikan dengan perbuatan.
1.      Guru menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan dengan maksud iman dan mengaitkan video tadi dengan pelajaran
2.      Guru menceritakan kisah para sahabat dan ulama kepada murid bagaimana mereka mentauhidkan kepada Allah
3.      Guru menerangkan kepada murid akan kepentingan dan kewajipan beriman kepada

Nilai:
- khusyuk
- taat

Teknik:
- syarahan
- perbualan
- hafaz

 Kemahiran berfikir:
- menganalisis
Strategi : Berpusatkan guru
Langkah 2
(5 minit)
1.      Menerangkan sifat yang berlawanan iman
2.      Menekankan kewajipan menjauhi sifat yang berlawanan dengan beriman
1.      Guru menerangkan sifat yang berlawanan iman kepada murid iaitu kufur
2.      Guru menekankan kewajipan kepada murid supaya tidak mengkufurkan Allah dan menerangkan akibat-akibat buruk yang akan menimpa kepada manusia sekiranya manusia mengkufurkan Allah serta contoh mengkufurkan Allah
Nilai:
-khusyuk
-taat
-mendengar

Teknik:
-syarahan
-berdialog
-bercerita
Langkah 3
(5 minit)
1.      Penerangan berkaitan dengan cara memperbaiki iman
2.      Pengulangan pelajaran
3.      Menyoal murid-murid berkaitan dengan isi pelajaran
1.      Guru menerangkan kepada murid-murid betapa pentingnya memperbaiki iman.
2.      Guru menunjukkan cara-cara memperbaiki iman yang mudah untuk difahami murid
3.      Guru meminta para pelajar supaya melakukan kaedah memperbaiki iman setiap hari
4.      Guru membuat pengulangan berkaitan makna iman, sifat berlawanan dengan iman dan menyoal mereka serta berikan contoh perbuatan kufur

Nilai:
-berani
-taat

Teknik:
-pengulangan
- soal jawab
Penutup
(3 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
  • membuat rumusan
  • memberi latihan daripada buku teks
1.      Guru memberitahu murid bahawa kewajipan kita sebagai umat Islam amat berat dan kewajipan itu amat mudah dilaksanakan sekiranya adanya iman di dalam diri
2.      Guru memberikan latihan kepada murid muka surat 27 dan 28
Nilai:
-rajin
-taat

BBM:
-Buku teks

Catatan Refleksi:
Saya bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan baik dan para pelajar memberikan tumpuan dan perhatian terutama apabila mereka mendengar cerita tentang balasan pahala. Saya berharap kaedah yang saya guna ini membantu dalam pembelajaran pelajar dan mereka seronok untuk belajar.

Ulasan Pensyarah:


Ulasan Guru Pembimbing

               

No comments:

Post a Comment