Wednesday, January 9, 2019

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA GURU
: Dinie Azizi Bin Khalidi
MATAPELAJARAN
:  Tauhid Darjah 2
KELAS
: 2 Ibnu Sina
TARIKH
: 15 Januari 2019
MASA
: 2.30 – 3.00 petang
BILANGAN MURID
: 22 orang
TAJUK
: Kenali Alam Sekitar
KEMAHIRAN
: Mendengar, Membaca, Membanding beza, Menaakul
KAEDAH
: Kotak ilmu, Teka teki, Soal jawab
PENGETAHUAN SEDIA ADA
: 1) Pelajar pernah melihat alam sekitar
HASIL PEMBELAJARAN
: 1) Pelajar mengetahui membezakan alam nyata dan ghaib
  2) Pelajar dapat membezakan kelainan antara manusia dengan makhluk Allah yang lain
KEMAHIRAN BERFIKIR
: Membuat perkaitan, merumus, menganalisis
PENERAPAN NILAI
: Khusyuk, taat, rajin, berdisiplin
BAHAN BANTU MENGAJAR
: LCD projector, Kad manila, Gambar-gambar








LANGKAH/
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBALAJARAN
CATATAN
Pendahuluan (2 minit)  
Ucapan salam, bertanya khabar dan bacaan doa,
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم افتح علينا حكمتك وانش   علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

1. Guru memberi salam dan bertanyakan khabar murid
2. Guru meminta seorang pelajar lelaki membacakan doa dan semua pelajar mengaminkan
-Khusyuk
-Mengamalkan adab belajar
Set induksi
(5 minit)
1. Menayangkan video upin dan ipin yang berada di kebun.
2. Menimbulkan persoalan
3. Membuat perkaitan video dengan tajuk belajar
1. Guru menayangkan video upin dan ipin yang bermain di kebun
2. Guru bertanya soalan kepada pelajar.

a) Apakah video yang telah ditayangkan tadi?
Cadangan jawapan:
·         Upin ipin bermain di kebun
·         Banyak pokok – pokok dan haiwan
b) Apakah kaitan video ini dengan tajuk yang akan diajar?
Cadangan jawapan:
·         Disekeliling kita terdapat pelbagai hidupan flora dan fauna
Nilai:
-Khusyuk
-teliti

BBM:
-LCD
-Video

Kemahiran berfikir:
-Membuat perkaitan
-Menjawab

Strategi:
-Berpusatkan bahan media
Langkah 1
(10 minit)
Menerangkan tentang unsur-unsur alam

1. Disebut sebagai alam nyata atau alam syahadah iaitu alam yang mengandungi benda yang dapat dilihat dan dirasa
2. guru menunjukkan gambar di paparan LCD projector
1.      bumi
2.      langit
3.      matahari
4.      air
1.      Guru menerangkan secara terperinci berkaitan dengan alam persekitaran yang mempunyai empat unsur utama iaitu bumi, langit, matahari dan air yang membolehkan makhluk-makhluk Allah hidup di alam ini.
2.      Guru memberitahu kepada murid-murid bahawa kita wajib bersyukur terhadap nikmat yang telah diberi oleh Allah kepada hamba-hambaNya.
Nilai:
-Khusyuk
-Taat

Teknik:
-Syarahan
-Perbualan

 Kemahiran berfikir:
-menganalisis

Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
Langkah 2
(5 minit)
1.      Menerangkan kepada murid-murid jenis alam yang ada di sekelilling kita
2.      Jenis alam yang ada di sekeliling kita adalah alam nyata dan alam ghaib


1.      Guru memberitahu kepada murid berkenaan dengan alam nyata dan ghaib dengan lebih terperinci
2.      Guru meminta pelajar menyenaraikan makhluk-makhluk yang berada di alam nyata dan alam ghaib
Nilai:
-khusyuk
-taat
-mendengar

Teknik:
-syarahan
-berdialog
-bercerita
-soal jawab
Langkah 3
(5 minit)
1.      Menerangkan kepada murid perbezaan antara manusia, haiwan, jin dan malaikat berdasarkan sifat mereka
2.      Guru mengulang pelajaran dan menyoal murid-murid berkaitan dengan unsur alam, jenis alam dan perbezaan antara manusia, jin, haiwan dan malaikat
1.      Guru menerangkan kepada murid-murid perbandingan antara manusia, jin, haiwan dan malaikat berdasarkan kepada bentuk, sifat, tabiaat, tempat tinggal, kerja dan kelompok
2.      Guru membuat beberapa kumpulan dan menyoal mereka jenis alam, unsur alam dan perbezaan antara makhluk mengikut kefahaman mereka
Nilai:
-berani
-taat
-bekerjasama

Teknik:
-pengulangan
- soal jawab
Penutup
(3 minit)
Pengukuhan dan penilaian dibuat
·         membuat rumusan
·         memberi latihan daripada buku teks
1.      Guru menekankan tentang perlu memahami kejadian alam di sekeliling kita dan memahami serta mendalami setiap ciptaan Allah di muka bumi
2.      Guru memberi latihan dalam buku teks halaman 14 dan 15
Nilai:
-rajin
-taat

BBM:
-Buku teks

Catatan Refleksi:
Saya bersyukur kerana pembelajaran hari ini berjalan dengan baik dan para pelajar memberikan tumpuan dan perhatian terutama apabila mereka mendengar cerita tentang balasan pahala. Saya berharap kaedah yang saya guna ini membantu dalam pembelajaran pelajar dan mereka seronok untuk belajar.
Ulasan Pensyarah:


Ulasan Guru Pembimbing

No comments:

Post a Comment